Wednesday, January 29, 2014

PekaLayap

in the name of God, the supremely merciful, the most kind

Layap = Leka, Lalai
[Layap adalah bahasa Sarawak]
[Credit]



Dunia dunia dunia
Kemajuan dan kecanggihan teknologi telah berjaya membelakangkan spesies homosapiens

Facebook, Tuwiter, Instageram ... Ah. Tak perlu disebutkan lagi yang lain-lain. 
Sebut saja "Facebook" dah jadi ibu segala media kelalaian kita. Tak perlu di'persetan'kan lagi.

Ya, kita boleh kata,
"Berfesbuklah, asalkan jangan sampai lalai." "Lalai macam mana kak?" "mm, macam tinggalkan solat." 

hha

[Credit]
Apa hendak kita katakan; kita dikira tidak lalai selagi tidak meninggalkan solat?
Kita tidak akan kata kita seorang yang lalai selagi kita tidak meninggalkan solat walaupun solat kita 'cacat merba'.
Walau kita solat bubur caca sekalipun kita kata bukan salah Facebook. Ah.


Lalai yang macam mana kau maksudkan Jah?



Aku mengira lalai itu bilamana kita mengutamakan Facebook (perkara kurang penting) daripada perkara-perkara lain yang lebih penting patut diutamakan.
Seolah-olah, Facebook ini perkara pokok kehidupan, kita perlu reply segala tepat pada masanya, kalau tak, tak best dah.
Perbualan tengah rancak, kalau selot pada masa yang lain dah tak best dah.

Tengoklah diri;
Mak Ayah panggil kita balas "Kejap kejap, nanti nanti."
Dengan MakAyah kita boleh 'nanti nanti'kan mereka, dengan member kemain segera macam maggie.

Orang masak tak tolong segera.
Dah kena label "Tahu makan je..." mengamuk pule.

Tak produktif.
Bahkan, tidak peka dengan sekeleliling.

Sekejap,
Lempang diri, Tidak Peka atau buat-buat Pekek? Jangan.

Ayuh, aktifkan lah diri kita, Jadikan diri kita orang yang peka dengan keadaan sekeliling
Inilah antara jihad, Bukan jihad yang semata-mata post dekat Facebook, lontar opinions bagus-bagus, tulis panjang-panjang ke pendek-pendek ke, share itu ini, bagusnya hai. Keluarlah diri dari kamar itu.

Jangan biarkan diri kita sampai nak kena marah baru nak bertindak.
Nak kena perli, nak kena gaduh, nak kena tegur dengan lembut lah, baru nak gerak. Janganlah.

Ni bukan cerita orang Inggelish, tengok remaja barat, buat benda teruk seteruknya ikut emosi, last-last baru minta maaf. Itupun kalau sempat mak tu hidup lagi. Kemudian, berulang lagi lagi dan lagi.

[Credit]

Diceritakan tentang Ayahanda akan marah kalau anak-anak ayahanda tak buat kerja dengan sempurna, atau tak peka dengan apa yang kita lakukan serta tak peka dengan apa depan mata.

"Dah duduk rumah tu lap la kipas ni. Takkan lah tak nampak"
"Dah dekat sinki tu basuh la pinggan tu."
"Dah berapa hari benda kat situ, takkan lah tak nampak"

Dah tu dah ni, alang-alang tu buat sekali sampai habis. Kasi nampak bersih kemas, sempurna.
Jangan tinggal-tinggalkan nanti beri alasan lupa pula.

[Credit]
Ayahanda tak banyak bersuara, namun, sekali bergetar halkumnya berderun bulu roma kami, terus menjadi peka dengan apa yang hendak ayahanda katakan.
Malah, bila subuh, belum sempat ayahanda memegang tombol pintu kami mudah terbangun terus tanpa sepatah dua kata.
Begitu lah hebatnya aura ayahanda.

Cukuplah kita dengan angan bayangan hendak berlakikan yang baik sebaikbaiknya ikut 'taste' kita atau berperempuankan yang mampu berikan kau servis terbaik,
berharap semua orang mendengar kita memahami kita bagai diraja rimba

Cukup sudah. Jangan sampai Bibik Indonesia lagi produktif daripada kita

Udoh ler kome menerap dalam bilik tu



"Jauhkan kami dari perbuatan sia-sia"

Small changes could make a big difference 

No comments:

Post a Comment

karya kak jah