Tuesday, January 21, 2014

First Year University

in the name of God, the supremely merciful, the most kind

MasyaAllah. Alhamdulillah.

Dah masuk unibersiti dah rakyat 94' marhaen sekalian.
Segulung ijazah kita nanti-nantikan,
Cuma belajar makan, belajar makan,
Harap jasa ibubapa tidak kita lupakan.



Dah masuk unibersiti, adalah sebuah perjalanan yang berbeza, lebih-lebih lagi bagi yang duduk berjauhan daripada ibubapa.
Semoga dengan penghijrahan kita menjadikan kita manusia yang lebih hamba Allah, tidak dianggap bebas daripada 'tahanan'.

Dah keluar ni, macam-macam aku nak buat selagi hayat dikandung badan. Mencari sesuatu semanfaat yang mungkin.

[Credit to: gifs-for-the-masses.tumblr.com ]

Jadi, bagi diriku, aku cuba untuk serapkan apa yang ayah ku telah usahakan kudratnya di usia mudanya.
Apakah usia muda aku setimpal dengan kudrat yang diusahakan bapaku? Kekal Aktif!
Seperti; Ke surau/masjid setiap pagi subuh, baca buku ilmiah setiap pagi, pagi bekerja habis-habisan hingga ke petang, Maghrib Isyak stay surau dengar ceramah. Dah berkeluarga, terus pulang ke rumah, tak macam pakcik-pakcik lain lepak di kedai kopi, anak bini menanti.

Ayah, kalau ada masa lapang tak pernah ada benda yang tak bermanfaat aku lihat.
Ada je masa, bersihkan rumah, potong rumput, cuci kereta, bercucuk tanam...

Aku nak jadi begitu.

Tidak bermalas-malasan.

Dan, aku tak pernah lagi jumpa remaja lelaki/perempuan yang betul-betul padatkan hari-harinya dengan perkara bermanfaat dan tidak mensia-siakan masa. Sebab aku tengok dalam pesbuk. hha. Itu baru dalam facebook, dalam realiti saya tak tahu. May our path meet the cross-section. Hha

Macam-macam lagi aku nak buat seperti seorang lelaki macam ayah, tapi, aku perempuan. Jadi, sejak mendapat tawaran jadi salah seorang penulis cerpen untuk antologi "Setulus Kasihmu", aku mula rasa nak tulis banyak lagi. Mungkin ini juga adalah salah satu usaha. Ya, ini bersifat pasif, namun aku tetap mahu kekal aktif dan handal dalam Memanah, Berenang, dan Berkuda.


Gempak kan tengok gambar-gambar macam ni. Ayuh ceburi Sukan Sunnah. :D
Dan, bila saya balik rumah, tak sangka, banyak sudah makanan-makanan sunnah. MasyaAllah. Alhamdulillah.

Minyak Zaitun, Madu, Susu, Habbatus Sauda, Manna

[Credit to: www.8th-circuit.com]

Saya pernah dengar, orang kata,
"Kalau tak nak buat maksiat, buat benda yang kurang maksiat" (Lebih kurang cenggini hah)

Maksud hok dio, Tak nak kapel, Main game. Tak nak merempit, main game.
Bagai melapiskan sesuatu yang lain di atas kek lapis Sarawak.

Aku pun suka main game juga. Tapi RPG (Role Playing Game) yang ada 'Role', tujuan Macam game Asassin's Creed, berkaitan Templar, Christianity, Apple Eden... segi tiga dan jalan cerita yang menarik. Lebih-lebih lagi senjata yang digunakan bukan biasa-biasa, it's Hidden Blade.

[Credit to: assassinscreed.wikia.com ]
Cool.

Asassin Creed 3 baru ada memanah oleh Connor Kenway a.k.a Ratonhnhak√©:ton.
[Credit to: nlgo.net ]
Ni je game yang aku gila. Tapi tak main selalu. dah Setahun tak main. Main game, tapi jangan kerap.
Stress sikit main game. Stress sikit main game.

Mungkin ada yang nak gaduh dengan aku menegakkan betapa bagusnya main game ni, banyak pros. Pada aku, ya, tapi lebih berat nanang hok kat cons, keburukan. Yang mana, lama-lama menjadikan kau macam alien.

Ah, Tak produktif.

Apa-apa yang boleh dibuat di sekolah, kita lakukan sehabis baik. Tidak di sekolah, mungkin di rumah ataupun rumah sewa.

It's First Year! Back to basic again. just more details. so, we're not really busy though.
We can start searching for interesting topic for third-year research later. Compile everything what we have read and learned.







KAK JAH
Bachelor of Science (Honours) in Nutrition

No comments:

Post a Comment

karya kak jah