Monday, July 29, 2013

Poyo

Nampaknya post kali ni akak Jah tak formal ye. nak berpoyo pulak kat sini haha
ok.
Bagaimana anda mengolah erti perkataan POYO?


"Poyo la kau ni"

Poyo adalah ringkasan daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu Proud Of Your Own .

Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:
  • Seseorang yang mempunyai watak hambar, tidak asli atau 'original', sedikit menjengkelkan dan kebodoh-bodohan
  • Seseorang yang berwatakan luar dari norma orang biasa seperti merasakan diri-sendiri bagus, suka temberang dan bercakap luar dari kenyataan

Ataupun erti kata lain dalam bahasa Amareka, 'Lame'.

[Menurut Kamus WikipediaHEHE, ensiklopedia terbabas]

Bagi saya, Poyo wujud dalam dua jenis keadaan,
1. Poyo yang menjengkelkan
2. Poyo yang ok fine boleh diterima

Contoh situasi untuk difahami, nombor 1;

Bila ada orang noob tanya benda yang dia tak tahu, jadi dia tanya lah dengan bersungguh-sungguh. Dengan susunan ayatnya panjang-panjang nak bagi orang faham apa yang dia cuba nak tanya.
Tapi ,
si poyo ni jawab sepatah ja. (Melainkan perkataan Wallahualam tidak dikira poyo :)
Maksudnya, macam nak cover cool je. Bagi jawapan yang tak bersungguh nak menjawabnya. memang Lame dan rasa nak Lame-pang je lah hha.

Ni bukan nak marah ye, tapi tak patut lah buat macam tu. Setinggi mana pun ilmu awak, akhlak sangat penting.
Akhirnya, membuat si penanya rasa macam loser gila kat situ. "Menyesal aku tanye."
Ish.

Benda ni penting, orang tafsir action orang. kalau macam ni lah daie, macam mana ni?
Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat kita mentafsir orang melalui perlakuan orang lain.
BERSUNGGUH-SUNGGUH lah memberi yang terbaik walaupun perkara itu kena diulang-ulang. Orang bukan selalu follow up apa yang kita post. :/

Tengok Ustaz Don! Beliau bersungguh menjelaskan sesuatu bila orang tanya. Dan jika dia tak tahu, dia bersikap jujur dan memohon maaf. Indah bukan ?

Bagi poyo nombor 2 pula,
ni biasalah poyo main-main, bergerau sendau.
Biasanya lelaki kan suka berpoyo-poyo. Itu? Lantak depa la. biak pi lah.
Takperlu nak diseriuskanlah. :] Yang nak diseriuskan bab itu ja. ok dah.



KAKJAH
Keep Calm and layan Pocoyo

1 comment:

karya kak jah