Monday, July 22, 2013

Lelaki Sebenar I

Lelaki.
Jangan cari yang baik. Sebab semua lelaki baik, tapi tak semua lelaki berani untuk JUJUR.
Mengapa kejujuran? Sebab kejujuran amat penting dalam memelihara perhubungan sesama manusia, lagi-lagi alam perkahwinan nanti.

Suami. Ketua keluarga. Bila bercakap pasal ketua,



Ada seorang lelaki ni, dia sangat bagus. Suka saya disini untuk ceritakan bagaimana kehidupannya membentuk pemikirannya yang sangat sesuai sebagai ketua keluarga.

Usaha pertamanya, berhijrah. Dari kampung ke bandar. benarlah hijrah itu sangat penting, membawa diri ke suatu perubahan merupakan pendekatan yang lebih baik dekat dengan Ilahi.

Lelaki ini, mempunyai ramai kawan, tapi beliau tiada punya kawan rapat a.k.a bestpren yang boleh dihubungi selalu tatkala susah senang 'stick together gather' 'ukhwah till jannah' kata orang.
Malah beliau tidak memerlukannya pun. Beliau lebih gemar bergerak seorang diri agar bebas dari kata-kata rakan. Mengapa beliau menjadi begitu? Kerana sepanjang hidupnya, sudah banyak kali ditipu.
Segala bantuan yang rakannya perlukan beliau pasti bantu. Beliau bukan mengharapkan balasan balik daripada apa yang telah diberikannya, tetapi beliau paling tidak mahu duit yang diberikannya dibelanjakan ke arah yang tiada kebaikannya pun.

Tanpa dikelilingi oleh rakan-rakan rapatlah, beliau lebih mudah mengkerapkan diri ke masjid mendengar ceramah agama. Di sini, kebiasaannya pakcik pakcik masjid suka lepak menghirup kopi kegemaran selepas tamat mendengar ceramah atau solat berjemaah. Tetapi, jejaka ini habis ceramah terus pulang ke rumah untuk menghabiskan masa bersama keluarga di kala malam, sudah pagi kerap bekerja untuk menyara keluarga.

Tanpa beliau merapatkan diri dengan rakan-rakanlah, beliau berjaya meletakkan isteri dan keluarga sebagai prioriti utama dalam hidupnya. Beliau sentiasa di dalam keadaan sedar bahawa tanggungjawab yang dipikulnya sebagai ketua/bapa berat bukan permainan hidup semata-mata.

Bila menatap wajahnya, kelihatan impiannya sungguh besar. Antara impiannya ialah,
Membina rumah yang selesa untuk anak-anak dan dekat dengan masjid.
Tercapai.
Alhamdulillah, rumahnya besar, tetapi sederhana sekali. Jika biasanya kita lihat rumah yang besar, hiasan dalamannya pasti bumbastik loba loba. Tapi ini tidak, tiada perhiasan perabot lebih-lebihan, luas sesuai agar cucunya boleh bermain di depan matanya.

Impian yang baru-baru ini, selepas berhenti kerja, beliau mahu ke pondok tahfiz untuk menghafaz Al-Quran. MasyaAllah. Hijrah kali kedua lagi. :]

Bagaimana dia mendidik keluarganya? Bapa, memang tak banyak bercakap.
But his actions speak for himself.

This is the unique thing about him that is hard to find other guy like him.

Saya beri contoh, beliau hendak membeli kereta saiz kecil. Ehem ehem, kalau papa kita nak beli tu untuk siapa lagi for the first thought? Untuk kita? Untuk dirinya? sedangkan beliau sudah ada kereta sendiri.
Beliau tak isytiharkan pun kereta yang hendak dibelinya ini untuk siapa.
Walaupun anak-anaknya sering bertanya "Untuk siapa? Untuk siapa?" Kerana mungkin untuk salah seorang dari kalangan mereka. Beliau akan mendiamkan diri sahaja.

Diam, tanda fikir.
Di sinilah klimaksnya. Apa yang papa kamu hendak sebenarnya bila beliau beli kereta?
Untuk memudahkannya, andai diminta untuk membawa ibu kamu ke kedai, dapatlah kamu membawa ibu kamu. maknanya, agar mudah untuk kamu meringankan beban kedua ibubapa kamu.
Bukan lagi menyusahkan ibubapa, bila ada kereta, kita bukan main tekan minyak pacu laju-laju berlagak, bawa kawan-kawan kita jalan-jalan menghabiskan wang minyak. Wah, kereta mak ayah kau punya, tekan minyak eksiden melayang RM3000 mak ayah kau. hambui.

Jadi, sebenarnya beginilah pemikiran yang semua ibubapa hendakkan ada dalam kotak fikiran anak-anak mereka.
Tak perlu dinasihatkan banyak-banyak, dileter banyak-banyak, kita pun tahu kita tidak suka dengar kena sound banyak-banyak ni bukan.

Jadi, gembirakan mereka. Tahu apa seorang ibu seorang bapa itu harapkan daripada anak-anak mereka.

Wah, dah kenapa tetibe masuk bab ibubapa pula ni kan.
Tetapi, beginilah yang hendak saya ceritakan seorang lelaki sebenar yang layak menjadi ketua keluarga, penyabar, rajin dan paling cerdik.




KAK JAH
Semoga kaum adam dapat tingkatkan diri untuk berikan yang terbaik untuk bakal2 bini mereka nanti

No comments:

Post a Comment

karya kak jah