Sunday, July 28, 2013

Independent / 'Bestpwen'

Sendiri


Remaja ku di isi dengan karenah rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat-sahabat yang di mana aku lebih selesa bersama daripada keluarga sendiri.
Segala perasaan luahan kata-kata terasa hanya mereka yang mendengar.
Hanya mereka yang berada di sisi untuk bersama. Baiknya agama mereka itu ku lihat jauh lebih baik daripada keluarga ku sendiri. Melepak antara masa paling best bagi aku.

Credit : amalinazulkiflee.wordpress.com

ALLAH.
Dahsyat ukhwah ku bersama kawan berbanding keluarga sendiri.
Mata aku tertutup daripada Segala kebaikan keluarga aku sendiri.
Jasa mereka yang jauh lebih hebat daripada kawan-kawan.

Sedar akan perbezaan sikap aku terhadap kawan dengan keluarga jauh berbeza,
aku bertindak mengundurkan diri sementara.
Jauhkan diri dari masyarakat yang aku sendiri tak faham.
Soalan demi soalan tenggelam timbul macam ikan kat dalam tasik.

Aku tak faham.

"Aku kawan dengan orang baik, tapi kenapa aku rasa jauh dengan keluarga?"


Alhamdulillah. :]

SinarNya makin kelihatan. 
Menyedarkan aku tentang Mengutamakan yang Utama , Fiqh Aulawwiyat.

1. Allah dan kekasihNya
2. [suami]
2. Mama
3. Ayah
4. Keluarga
5. Kawan

Sejak habis espiyyem (SPM) dan masuk kolej, aku banyak bergerak seorang diri.
Kolej dan rumah bukan main jauhnya, peneman aku cuma KTM dan Bas Mini RM1.

Credit : umairah-diataskertas.blogspot.com

Dan sekarang, aku dah tak ada Best pren. 
Sedih?
Tak, perlu ke? 

Tolong jangan terasa. Saya suka berkawan dengan perempuan, tapi saya tak suka berBest pwen Best pwen ni. Saya lebih suka berkawan baik dengan semua , buat yang terbaik untuk semua .
Maksudnya, bila kamu perlukan pertolongan insyaAllah saya ada untuk berikan terbaik semampu saya.
Meminta pertolongan bukanlah khusus menghadap best pwen je kan?
Kita tetap Ukhwah Fillah Abadan Abada.

Credit : umairah-diataskertas.blogspot.com

Bagi saya, ini lebih bersikap adil, tidak memilih dengan siapa kita nak berkawan, memilih pada siapa kita akan beri atau minta pertolongan. Siapa pun anda, anda tetap kawan saya. Dan sungguh saya mencintai semuanya, hanya cinta saya tidak dibuktikan dengan kata-kata "Ana uhibbuki fillah" dan aksi peluk memeluk manja di shopping complex.  

Kenapa bestpwen ni masalah pada saya? Bagi saya merimaskan, malah menyekat saya untuk bergerak. Jika mereka memberi pandangan/nasihat seolah memaksa saya terima pandangan mereka dengan alasan mereka sayang saya. Menjaga hati lagi. Sudah macam dikepung oleh orang yang disayangi?
Sehinggakan kalau kita nak buat perkara baik, jadi awkward pelik sudah. Kata pula kenapa kau berubah? aku nak kau yang dulu. 
Kita bincang. :] Dan sekarang, saya sudah bersikap jujur. Ini kenyataan saya. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sesuai dijadikan kawan baik yang dirapat-rapati calling2 setiap pagi dan malam hari. Saya hanya available diperlukan bila anda betul-betul memerlukan saya. Saya bukan Teddy Bear.

Sebab tu, saya tak nak, Rapat dengan kawan dah macam adik-beradik, sampai Adik-beradik pun tak macam tu lah. Kan dah pernah terjadi.

Jangan salah faham, still saya mahu ukhwah itu berpanjangan..
Credit : 75designs.blogspot.com
Kadang, orang berBestpwen ni perlukan Bestpwen untuk kongsi perasaan, emosi, dan nasihat.
Bagi saya sendiri pula, saya suka kongsikan itu perasaan, itu emosi, bersama dengan mama atau adik beradik. Tapi, kalau kamu mahu jadikan bahu saya kain lap air matamu, sungguh, tiada salah sedikit pun. :]

Adik beradik saya ramai.
Jadi, BestPwen BestPwen boleh la diaplikasikan oleh ahli Kelab Anak Tunggal. :D

Bukan main-main, tapi betul lah. Boleh lah jadikan rakan-rakan macam adik-beradik. Yang penting, cari kawan yang Good Quality. 

Walau apa pun, Kita tetap kena jadi baik untuk dapat kawan yang baik juga.

Credit : durratul-ain.blogspot.com
Credit : pesonacintahakiki.wordpress.com
Kawan, tetap kawan. :)

Awak nak saya jadi bestpwen awak boleh, tapi mohon jangan sangka saya akan bertindak manja-manja keterlaluan untuk menyatakan kasih sayang saya terhadap awak. :] awak nak manja dengan saya suka hati lah. tapi dalam meses pesbuk je. shopping komplek no no no hha

Apabila BERTEMAN; jangan mengharapkan KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin MEMBENCI tatkala bertemu KELEMAHANNYA..
Apabila BERKAWAN; jangan mengimpikan KESEMPURNAANNYA,
Kerana engkau mungkin MENCELA andai terlihat KECACATANNYA..
Apabila BERSAHABAT; jangan bersandarkan HARTA MILIKNYA,
Kerana engkau mungkin MENGHINDAR tatkala dia dihimpit KEMISKINAN..

Tetapi BERUKHWAHLAH KERANA ALLAH SWT..
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS..
Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN,..
Yang dengannya akan saling MEMBANTU DALAM KESULITAN..
Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN..
Yang dengannya akan saling MELENGKAP pada setiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki.. DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI..

[Khusnul Anasuhah]


KAK JAH
Sayang semuanya, tapi Manja hanya pada orang tertentu, masa dan tempat yang sesuai.
Manja yang tidak dipertontonkan dikhalayak ramai tak bererti aku tidak menyayangimu.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah