Wednesday, July 10, 2013

FS: Kem BIKES

Kem BIKES (Bimbingan dan Kesedaran Diri)
5-7 Julai 2013

Terima kasih diucapkan FS Agency kerana menjemput saya sekali lagi menjadi Fasilitator untuk program kali ini.

Promote sikit :D


MasyaAllah, peserta program kali ini hebat-hebat belaka.
Hafiz, Hafizah. (Bukan nama peserta, tetapi panggilan mereka yang menghafaz al-Quran)
Allah, Engkau pertemukan aku dengan hamba-hambaMu sangat hebat.
Namun, apakah yang perlu aku assist untuk program ini? Sejauh mana bantuan aku diperlukan untuk mereka?

Dear readers, mari kita berhenti bersikap seperti masyarakat yang lazim pemikirannya.
Saya tahu, kita lazim menggambarkan apa yang cantik di luar pasti dalamannya lebih cantik juga bukan?
Bagaimana penampilannya, apa yang kita tahu sedikit tentang seseorang itu, "Wah, hafiz?" begitu juga lah hati mereka, akhlak mereka.
Saya percaya, kemana saja institusi pendidikan berteraskan agama yang kita pergi, masalah ini adalah biasa.
Amatlah luar biasa sekiranya ada institusi yang dapat pelihara akhlak kesemua pelajarnya :]

Wahai masyarakatku, jangan lah salahkan mereka seandainya ada perkara yang tidak cantik mereka lakukan di mata kita, contohnya mereka nampak sampah dibawah mereka, mereka tak kutip pun. Dengan sepantas kuasa penjana elektrik 600kW kita merasa "Aku lebih baik daripada yang bertudung labuh itu, dan yang menutup muka itu". Astaghfirullah
Jangan salah kan mereka.
[Credit : www.sodahead.com ]
Remember, 1 finger we pointing at them, other 4 fingers pointing at us back.

Saya sungguh kesal dengan pihak yang berterusan memburuk-burukkan mereka yang berniqob dan bertudung labuh serta yang bersongkok mahupun berkopiah juga berjubah.

Rasulullah SAW tidak pernah memandang rendah terhadap sesiapa hatta pelaku dosa besar sekalipun.
Dengan memandang rendah terhadap seseorang lah timbul sifat amarah dalam diri kita lantas terbuka jalan mudah untuk kita condemn condemn perangai mereka.
"Engkau tu dah hafiz tahu tak, pakai kopiah tapi perangai...A'uzubillah!"
"Yang engkau ni harap je tudung labuh, niqob bukan main, tapi couple. Apehal lah budak-budak sekarang ni"

Tahukah anda, apa yang mereka perlukan? Didikan KASIH SAYANG.
[Credit : tekuhrazzitheartist.wordpress.com]
Anda didik dengan kekerasan, maka keraslah hati mereka bukan?
So, where is the LOVE that we taught them? The teachings of LOVE taught by our beloved Rasulullah SAW?

Selain itu, tiada pemberi contoh akhlak terbaik di depan mereka.
Beri mereka lihat akhlak/adab apakah yang dimaksudkan di dalam buku teks, al-Quran, dan hadith-hadith yang mereka pelajari.
Kaut akhlak yang dipelajari dan kita serapkan di dalam diri kita. Akhlak Rasulullah SAW.
Bukanlah setakat bergurau senda sahaja, akan tetapi adab-adab terhadap ibubapa, guru dan alam sekitar.
Bila dipertontonkan akhlak yang baik itu di hadapan / di sebelah mereka, insyaAllah terdetik di hati mereka untuk membuat perkara sedemikian juga.

Maka, dengan itu, tiba-tiba kalam Habib Ali Al-Jufri berkumandang dalam pemikiranku ketika di sana,
"Tiada agama dan ilmu dalam diri seseorang itu, sekiranya tiada akhlak dalam dirinya"


Dahsyat bukan mengapa Habib begitu menekankan akhlak? sedang Rasulullah SAW diturunkan untuk membetulkan akhlak manusia.

Namun, adik-adikku, generasiku, penampilanmu yang baik itu tidak dapat mengubah persepsi seluruh masyarakat, terutamanya kepada Non-Muslim di luar sana. Engkau adalah gambaran terhadap kami semua muslimeen dan muslimah. Seorang muslim yang diheret ke luar gelanggang dunia sebenarnya membawa tanggungjawab sebagai salah satu CONTOH "Inilah umat Islam yang kita lihat".

SIAPA PENGUBAH?
  Jangan dicari yang lain melainkan 'sepohon' cermin.
Tatkala pembentangan peserta, ada peserta yang tidak tahu cara untuk menghilangkan perasaan takut nak berubah. Takut nak berubah. Ya, kita takut apa pandangan orang terhadap kita, dan kita takut apakah kita akan berterusan begitu? Kita takut terumbang ambing bila tiba dipertengahan jalan a.k.a Fear of Failure.


Wahai pejuang agama Allah, ketahuilah, istiqamah adalah perkara yang paling sukar tetapi ia tidak mustahil.
Senyumlah pemuda, berita baik untuk mu;
kamu hendak berubah, lalu kamu ulangi kesalahan itu, kamu bertaubat, Allah ampunkan kamu,
kamu berubah sekali lagi, lalu kamu buat lagi salah itu, kamu bertaubat, Allah ampunkan kamu lagi,
kamu cuba lagi, lalu kamu lakukan lagi salah itu, kamu bertaubat, Allah ampunkan kamu lagi dan lagi.

Tetapi, sekiranya kamu bermain-main, janganlah, maka kamu telah memperolok-olokkan Allah SWT.
Astaghfirullah...

MasyaAllah, dengarkanlah kalam Habib Ali Al-Jufri.


Allah mencintai hamba-hambaNya yang mencintaiNya kembali :]

So, Get up! Start now!

Sedar, kamu semua benda sudah ada, phone, guru, sekolah, rumah, meja kerusi, wang, orang yang menyayangi kamu... apa lagi?
Siapa lagi yang boleh mengubah kamu melainkan diri kamu sendiri?

Tidak kira siapa kamu, keraplah meluahkan kata:
"Saya Minta Maaf" setiap kali buat tersalah dan "Terima Kasih".
Seperti post saya sebelum ini, telah saya highlight kan, ini untuk menjunamkan ego dalam diri kita.
"Saya minta maaf" bukanlah menjatuhkan maruah mu, malah sebaliknya meinggikan martabat kamu. - Al-Khawater-
Mula dengan, kutip sampah di sekeliling anda.
"Who you are is not where you have been. Who you are is not what you did."
"Life changes like the weather, I hope you remember, Today is never too late to be BRAND NEW"
-TS-

Allah hai, Aku terlalu eager benar-benar hendak menolong generasi ku ini. Sungguh aku rasa bersalah jika tidak cuba membantu mereka.
"Berilah nasihat sehingga terkesan pada jiwa mereka" -sepintas Kalam Allah yang ku terbaca.

Bukan itu sahaja, ingin ku rapatkan ukhwah bersama mereka agar dapat ku timba ilmu daripada mereka.
Inilah kesempatan yang ku cari-cari, tapi entah bila ia akan jatuh ke riba.

Sayang seribu kali sayang, andai tumbangnya seorang hafiz/hafizah 30 juzuk di dalam dada hanya kerana 1 perkara, hatinya.
Kerana di depan mataku adalah para pejuang agama kita.
Jauh di lubuk hati terkilan bila terdengar khabar rebahnya seorang pejuang agama kerana HATI.
Sekarang ni ramai pejuang kita rebah kerana HATI.


Up up! SMILE!


Nak kata, kem kali ini adalah terbaik. Peserta sporting, Tempat best, aktiviti terbaik. especially Night Walk. Tangan terluka adalah kenangan terbaik tahu? hha
Saya hampa part Explorace kerana tidak dapat berinteraksi dengan kesemua peserta secara total. Terkilan.
:O
haha, boleh tak cenggitu.
JAGA ALLAH, JAGA HATI, JAGA DIRI  'ADIK-ADIK' KU!

KAKJAH
Hoping a new brighter generation for this Deen
Allah, aku telah kehilangan sifat malu, yakni malu diperlihat sebagai seorang Loser oleh remaja kini. 
Kerna, walau apa pun, redha Mu adalah matlamatku.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah