Thursday, July 11, 2013

Dunia Umat Islam LEKA

Bismillah..

Boleh tak saya nak menyatakan betapa hibanya hati pada hari Ramadhan kedua ini?


[www.thumblr.com]

Aku, pelajar sekolah biasa. Harian, Sains. Subjek Pendidikan Islam hanyalah dikhususkan untuk strike A+ mencantikkan keputusan PMR & SPM.
Selepas melepasi semua itu, menuju pula ke universiti, baru aku sedar, aku hendak menjadi pejuang agama.
Terdetik di hati ingin menjadi Hafizah.
Namun, aku tidak berjaya mencari peluang tersebut, banyak urusan perlu dibuat bila meniti usia ini. Lagipun, bisakah hafaz satu kitab Allah dalam masa 2 bulan ini? Tajwid pun dah sesat ke mana entah..
Ilmu ku hanya bergantung pada ceramah-ceramah agama yang dirakam oleh pejuang agama yang lain di Facebook serta Youtube.
Sekeping hati di bawa berlari,
Jauh melalui jalan yang sepi,
Jalan kebenaran indah terbentang,
Di depan mataku para pejuang.
Jadi, aku meletakkan harapan yang tinggi kepada;

Para hafiz hafizah, penghuni sekolah pondok, pelajar-pelajar sekolah agama.
Pada aku, mereka lah pejuang agama yang pure, yang sebenar kerana mereka menguasai banyak aspek dalam Islam ini. Mereka sangat beruntung.
Tapi, ramai sedia maklum mereka bukan sempurna. Begitu juga perspektif ku.
Aku tidak expect mereka itu terlalu sempurna dan tidak expect mereka itu terlalu teruk untuk memperjuang agama ini.
Pada aku, setakat hanya merokok, fly antara perkara yang boleh ditangani (bukan dengan kekerasan :)

Namun, sehinggalah pada suatu hari, yakni hari ini, Aku diketuk oleh Allah SWT.
Rasa sebak terkilan di dada bila terdengar khabar seorang pejuang agama kita rebah dek hatinya mencintai seorang wanita.

Aku terasa ; Sayang seribu kali sayang, andai tumbangnya seorang pejuang agama hanya kerana HATInya.
lalu aku terfikir, baru seorang yang aku jumpa, entah berapa banyak lagi para pejuang agama telah jatuh ke dalam perangkap kuning barat ini. Percintaan sebelum bernikah.
Tapi, jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi,Ada ujian yang datang melanda,Ada perangkap menunggu mangsa.
Aku cuba bangkit menyelamatkan pemuda dari masuk ke lubuk yang sama seperti aku dahulu.



Cukup sudah pengalaman pahitku meniti jambatan remaja ini dengan penuh peluh sebaldi untuk keluar dari takuk ini. Sungguh, Pengalaman lah yang mematangkan aku. Terima kasih Pengalaman.
Akan kuatkah kaki yang melangkah,Bila disapa duri yang menanti,Akan kaburkah mata yang meratap,Pada debu yang pastikan hinggap.
Mengharap senang dalam berjuang,Bagai merindu rembulan di tengah siang,Jalannya tak seindah sentuhan mata,pangkalnya jauh hujungnya belum tiba.
Apa yang aku harap, aku sempat melihat sinar yang aku harapkan sebelum aku bernikah.
Kan nanti dah ada suami, segala izin daripadanya.
Sementara usia 20an ni, inginku usaha untuk agama ini tanpa meletakkan harapan kepada yang lain...

JANGAN HARAPKAN ORANG LAIN. DO IT YOURSELF.
Sebab itu kita semua memegang tanggungjawab sebagai Khalifah, DA'IE dan hambaNya.


Tahu tak tulisan senget-senget ni kan lirik lagu ..


:]

KAK JAH
Enough hoping, get up and do it.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah