Saturday, February 11, 2012

[Ayat:TAK puas hati] - Bahaya FB+TWitter

Post ini saya tuju khas untuk kawan saya. o, tak, Kawan Baik saya masa zaman sekolah saya muda2 dulu. hee




Assalamualaikum,


    Maaf saya terpaksa post kat blog macam ni walaupun saya tahu kita boleh cakap direct je. Tapi, saya rasa cakap direct dengan awak mcm takde function jugak sbb awak mcm tak nak layan saya dah. the last time kite chat tu pn, Cara layanan awak terhadap saya pun sangat berbeza ngan mase dulu2 kita tu.
Haha, saya tahu Sekarang ni awak annoy gile ngan saya sebab saya pakai bahsa 'Saya Awak' a.k.a SAWAK walhal dulu 'Aku Kau' a.k.a AKAU. =='.
ekcelli saya cuba contohi Syahirah Razak <3 :D
TQ syerry . ;D

Ok, back to the topic, Kenapa saya nak cakap pasal awak? sebab saya nak ceghiter psl frenship kite. siket. boleh kan?
Ingat tak dulu, kite pernah jd cam belangkas mase form 4? dah le saya budak baru, bestpren memey takde a. haha, saya sgt seronok time tu because you always holding my hand. Mase exam F4 time tu final exam kot, awak dan saya conquer satu kelas form 3 yg tengah anjal. kite tutup sume tingkap biar org tak nampak kite.haha saya rase time tu mcm budak kepada awak , saya ikutttt je awak. haha. saya kate "takpe ke?" "takper.. jgn risaulah".  

until one day, people around mcm perli saya, "mane bestpren ko tu?" "yg mane?" sy jawab. Sorry to say, but my aim datang skola baru is having a lotssss of friend. and to me, the whole batch 0711 is my bestiesss. awak dan mereka sangat hebat dan stylo gile. even org ckp kat saya, jgn kawan ngan dy ni dy ni sbb dy mcm ni mcm tu. sy mmg tak kesa psl kawan kaye ke miskin ke jahat ke baik, sbb setiap org hidupny berbeza2 kalau kite interview dorg.

enden, bile org cakap camtu kan, mule2 saya cam tak kesah, tinggi pulak ego sy ==' last2 baru saya rasa yang awak mcm kongkong hidup saya. yes, you can hold me but please not too tight, its killing me. so, semakin lama sy tggl kat kusess semakin ramai org yg saya rapat. sampai satu hari tu saya boleh hidu kejelesan awak terhadap saya.bukanla jeles tp, awak buat saya nampak mcm pengkhianat terhadap kawan sendiri. "tak nak lah kawan ngan ko, ko da ade kawan laen" haha camtu la. comel awak. mcm zaman budak2 dulu. hha
kemudian kite renggang siket. tp, time da nak spm sblm turun dorm tu rapat balik kan kan? ++, ngan ketua aspuri pulak tu.. perghh  gabungan yg mantop. hha.

so, skrg ni, sy rasa awak masih bawak2 lagi kut perangai awak that you cant watch your bestie having another fren, while actually she's making a bigger circle of friendship with u. but u just get away. 
dah matang ni, sy harap awak tak mindset mcm tu bile kat U nnti atau mana2 awak pergi. ok?
______________________________________________________________________


LATELY ni, yer saya sangat terasa dengan setiap post awak kat fesbuk dan twitter pasal kebencian awak terhadap seseorang. nampak la awak tak puas hati dengan saya bukan? awak sangat annoy dengan saya. malangnya, saya tak tahu ape kebende ny yang awak tak puas hati? 


nasihat saya, awak, tak baik post2 tentang kebencian seseorang even awak tak mensen name dy ke ape =='. dah la tu khalayak ramai. public. umum. apa sangkaan orang terhadap awak? positif kah? negatif. nnti sume yg bace terasa ngan awak pulakk..
k, kalau betul la post2 awak tu tak kene ngan saya, sy nak awak stop jugak sbb saya rasa kesian dgn awak, sbb awak buat hati awak sendiri tak tenang , tak puas hati ngan seseorang. org lain pn kesian kan awak, nampak hati tak tenang. 
kalau awak tak puas hati, cakap direct dgn org yg dimaksudkan. kalau tak nak pun, post la ayat2 quotes ke, kata2 imam ke, tokoh2 ke yg high intelligent dah nak sangat "biar dia nampak!" ==' ok? 


"Tweet ak sejak dua menjak ni byk brunsurkan perlian. Ish tak bgus lah sbb dosa orang yang terasa hati lebih besar berbanding yg memerli "

haha, saya tahu awak bace post pasal terasa hati tu kan? hhe well ekcelli, awak salah faham konsep kot --' sebab, the point is, awak tak tegur stret kat org tu. kalau awak dah tegur salah org tu, enden org tu kecik hati, baru lah betul org yg kecik hati tu dosa. skrg ni, awak perli org melalui khalayak ramai dan tak mensen name org yg dimaksudkan,lebih2 lagi tak tegur org tu dulu..so, is it ok ke begitu?


Sy pk2 balik, saya rasa saya buat bende yg sama seperti mana awak buat tu.. ye la mcm ni la kan, post tanpa mensen name org yg kite maksud kan.
but i guess, some people having the same problem like me.

so, sy rse, takpe saya post ini yg pertama kali dan terakhir yg mcm ni. so that, org lain pn boleh ambil isi or pengajaran yg sama seperti apa yg kita lalui. okeng? MAAF :']

2 Ayat yg boleh jatuhkan ego : 

"Maafkan saya"

dan
"Terima Kasih"

Saya harap kita dapat kawan balik macam biasa. tak perlu lah perang2 post kat twitter dan fesbuk. bahaya. :D
Kite jumpe time result spm nnti ye.
Semoga awak bahagia dengan hati yang tenang.

"Ketahuilah kamu bahawa orang yang cinta kepada Allah SWT, nescaya akan tenang hatinya'
dari buku Tentang Cinta -Pahrol Mohd Juoi <3

"Ya Allah, Tukarkanlah segala yang mencelakakan aku dengan Kejayaan. Amin."

Semoga kita same2 dpt 9A+ SPM! :D


KAKJAH
-maaf -
MAKLUMAT ++ [CNP]
Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ?
Ia memberi makna DINDING...
Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan..
Siapakah yang mewujudkan FB? 
Mesti Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???
Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA..
DINDING RATAPAN. 
Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya...

Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah.. 
Jika Anda Tidak Pecaya..
Cuba Anda Buka www.google.com dan serach "wailing wall of israel".. 
Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat.. Renung-renungkan lah...

Untuk pengetahuan dan info kita tentang YAHUDI LAKNATULLAH ini..
Elakkan diri kita dari menyerupai sesuatu kaum tersebut..

hadith Rasulullah saw, yang berbunyi:
" من تشبه بقوم فهو منهم "
Yang ertinya: “Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum itu”.

Wallahu a’lam.


2 comments:

karya kak jah