Monday, February 27, 2012

This is the SPECIAL LittleAishaHamzah


SI ISTIMEWA AISHA HAMZAH

Saya buat belog spesel untuk adik saya ini!
Kenapa dia istimewa?
:O

Find out more! at

:DDD
Selepas anda membacanya, barangkali mengingatkan kita untuk bersyukur kita mempunyai akal dan Allah itu Maha Adil.
Jika seorang hambaNya tidak dapat kesempurnaan akal di dunia, dia mendapat tiket terus ke syurga di akhirat sana.

Jika kita hambaNya sempurna, lengkap akal mampu berfikir jauh matlamat, dan tahu apa yang kita buat di dunia, tp kita tak tahu di manakah tempatnya kita di akhirat kelak.

Jangan Bersedih tentang kanak2 kecil yang suci drpd dosa,
mereka lagi bersedih tentang org dewasa yang belum terjamin masuk syurga Ilahi.



KAKJAH
-original released-
T___T

Friday, February 24, 2012

Perspektif, KUASA Tudung Labuh! :O

"SAME je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Buat ape pakai tudung labuh, tapi gile-gile. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Orang kita kate begitu lah pemikirannya, yang pakai tudung tu mesti kene ELOK! yang da 'PERFECT!'
yang pakai tudung biasa je, tak elok pangai pn takpe.. asalkan pakai tudung...=='
Disebabkan mempunyai mentaliti orang kita yang macam ini lah tak ramai aweks aweks Malaya yang cun nak pakai tudung labuh. 
"Nantilah, tak terdetik lagi lah kat hati.hehe",

"Tudung labuh untuk orang Alim je lah! Aku tak alim!"

"Nanti lah da tua la ai pakai ishh"
satu lg Sebab nanti tak boleh gile gile. Tak kene pakaian tu dengan perangai.
Saya pun berfikiran begitu juga dulu.

Namun, kebelakangan ni, abang saya pesan saya pakai tudung, labuhkan lagi. Abang saya pun paham, tahu mcm mane perangai saye --'
kalau keluar jalan jalan ngan member, rase cam segan, malu, walaupun kita tahu ape yang kite buat tak salah ape pun.

Mari kita ubah perspektif kita ini! abaikan 'apa kata orang nanti', tapi ingatlah, 'apa pandangan Allah nnti' ?

Ekcelli, Kuasa Tudung labuh begitu kuat! manfaat nya walaupun kite gile2, bergurau melawak , pakailah. Pakailah pakailah pakailah.



http://files.myopera.com/MsFatty89/albums/4605732/44812_150665964959862_100000493794634_406340_8222373_n.jpg





1.SOPAN-Kuasa Tudung labuh ini mampu mengubah sifat kita drpd tak menjaga tatasusila macam gelak kuat kuat kat mall ke, kepada yang lebih sopan. Automatik! sebab kita tahu, bila bertudung labuh, mengingatkan kita pada Allah yang sentiasa bersama kita memerhatikan kita. Innallah Maana.











http://2.bp.blogspot.com/-CcSzRuWA6-g/TbKbVLUSR7I/AAAAAAAAAMc/tkr9Vhyg1nA/s1600/tudung2.jpg2.NGORAT-Kuasa tudung labuh juga mampu menutup mulut orang laki! deme takkan bersiul kat kite punye la! sebab, kaum lelaki akan menghormati wanita bertudung labuh. Faham bahawa wanita bertudung labuh ni begitu berharga maruahnya. Subhanallah. <3 Tak kene kacau :D kalau tudung pendek mcm pic sebelah ni --> msti pun kacau kan? bersiul3, seperti wanita tak dihormati! malu lahhh malu!

3.FITNAH-Semakin kita menutup aurat melabuhkan lagi tudung, semakin kita menutup fitnah orang terhadap kita. ya, contohnya lihat pic tadi kembali, "ee pakai tudung pendek nampak dada, cetek agama ke? awak tu islam, bertudung tp..." ==' Subhanallah, itulah hakikatnya bukan? Bila Allah tak suka, orang yg baik pn tak suke.tp org yg tak baiklah suke camtu,ngorat.[tadi] dingumpat, difitnah, tp, bila bertudung labuh, orang takkan mengata kita apa2. orang tu tak tambah dosa, kita pn takda dosa tudung pendek. Insyallah :D maka, hindarilah fitnah dgn labuhkanlah tudung.


http://segalaceritera.com/atik/wp-content/uploads/2011/06/lelaki_soleh-300x264.jpg 



4.LELAKI-Insyallah, dengan tudung labuh tenang mata memandang. lagi2, kalangan lelaki, boleh terdetik dalam hati mereka untuk turut berkelakuan baik, meningkatkan taqwa. maybe, "Aku nak bini macam tu!" bukannya "Aku nak makwe mcm tu" . beza ye.. beza ;) kuasa tudung labuh lg hebat ! ;D







Tentang 'quotes' org malay yang kedua atasss tu,
Its not about alim tak alim, this is pasal kita ni ISLAM. ya Muslimah.
Walaupun hak mane pun iman kita, kita tak tahu iman kite kat mana, tinggi ke rendah, tetapi niatkanlah dalam hati kita bersungguh sungguh! untuk tingkatkan iman kita, takpe mulakan step pertama melalui pakaianla kita dapat tingkatkan diri dan iman kita! yeah!

Alhamdulillah, dapat saya menghuraikan perspektif tudung labuh ini, walaupun tak seberapa. :P hih
Terima kasih kepada penulis dalam artikel ini. < lebih terperinci penghayatannya :D


Janganlah kita MALU untuk berubah. <-- penyakit
SAYA PUN MALU NAK BERUBAH DULU! x'(
Tapi, bile difikirkan balik, Allah Allah Allah .. :') 

 http://4.bp.blogspot.com/-BMyB2Reu4Qk/TpWoyBsEZ5I/AAAAAAAAAUU/3yCnzgGUZhU/s1600/kumpulan-koleksi-kartun-gambar-bidadari-cantik-imut-lucu-menggemaskan-gemas-akhwat-muslim-muslimah-islami-islam-hijab-cartoon-girl-gadis.jpg


KAKJAH.
-original released-
saya juga dalam perubahan :]
Sila tegur sebarang kesalahan. TQ

Hai Orang kaya,miskin, mahupun sederhana[VID]

Janganlah kamu berfikir:
Aku tak kayalahhhh tak nak tgk lah ==' 
sedangkan kamu sedang berdepan dgn lappy/PC mahupun iPad2 sudah :O

Aku tak banyak sedih pun lately ni... tak perlu kot. ihik =='
sedangkan orang yang tak pernah bersedih, orang yang rugi :"[



La Tahzan, Innallah Maana.

Walau mcm mane pun keadaan kita, senang susah, kita sentiasa di UJI. di DUGA.

KAKJAH
-released-
kawan saya bernama 'Batu' [bukan nama sebenar],
Alhamdulillah dia lah yg serahkan ilmu ini.
Syukran. Kita sedar.
:) 

Saturday, February 18, 2012

Cekelat Kek

1st of all. i would like to thank to Allah. cause give me chance to share my recipe ( its mine?) hehe.
i love to bake cakes, bcause my dad love if his daughter made a food by her own hand. hand made of course.
well, this is the simple recipe, that i always used.

resipi yg ni, utk cake yg kecik sket. so, ingredients dy, kureng sket pakai.
kalu nk besau sket, double (x2) kan je la. Dont worry, barang2 dy ni, senang dpt kat market Malaysia berdekatan anda.(pasar malam pn ade) hahahe.

1/4 cwn - serbuk koko
1/2 cwn - air panas didih
120 gm - gula
120 gm - butter
   2  biji - telur
1/2 cmt - esen vanilla
125 gm - tepung gandum
1/2 cmt - baking powder a.k.a serbuk penaik

cara2 :
  1. panaskan oven pada takat suhu 180 *C dulu.
  2. campurkan serbuk koko ngan air panas tu. then, ketepikan.
  3. tepung gandum, ayak dgn serbuk penaik. ketepikan jugak.
  4. ha! this is my feveret part! mixing!! so, masukkan Butter dulu, pukul sampai kembang.
  5. pakai mesin a. bile da kembang (putih2 gitu), masukkan gula plak. pukul lg~
  6. pastu masukkan esen vanilla.
  7. then, telur. 1 per 1 tau.
  8. last but not least, masukkan tepung gandum (yg dah mix ngan serbuk penaik), selang seli ngan air koko yg kite ketepikan td tu.
  9. pastu loyang tu, sapu ngan butter sket. then, masukkan dlm oven, 45 minit la agak2.
itu je. nanti jadi camni :


Biar buruk asal sedap. -mama 

yg bulat2 atas tu, saje2 eden tambah. hehe. name dy.. chocolate buttons, Van Houten. :D


kalu nk tau da masak ke x. cucuk ngan garpu ke, pencungkil gigi ke,.. cucuk, masuk dlm kek tu.
kalu masih lekat2 ngan coklat tu, x masak lg.
kalu clean n clear, baru da masak! :D

SEJARAH KEK COKLAT HAJAREY
asal resipi ni, dtg dr buku teks skolah form 3. ERT. :P
then, berhijrah datang umah ku.
pastu, mule la try2 buat kat umah. (banyak kali) alhamdulillah jadi. :D
Mama ayah pn suke, ct buat kek ni. mereka suke kek coklat yg kosong je. x yah tambah ape2. sbb rangup pn da sedap. tp, sy ni degil sket, nk aje tambah2 tu.fondant, icing.. hih
so, if i borink, bukan saje conteng2 kat komputer, tp, buat kek. itupun, kalu bahan cukup.

I LOVE BAKING CAKES!
 
KAKJAH's bakery
-satu produk released-

What is wrong with the muslims!? [VID]




... found somtin,
http://necropoliscreep.net/muslim/Muslim-25.jpg
KAKJAH
-released-

Friday, February 17, 2012

6 Akibat banyak makan makan makan


http://dc13.arabsh.com/i/02985/isufcdx1sw9i.jpg


http://www.elaphblog.com/Blog/1234/album/image007.jpg


1- Menghilangkan dari hati rasa takut kepada Allah SWT.


2- Menghilangkan dari hati rasa belas kasihan terhadap sesama makhluk kerana menyangka orang lain juga sentiasa kenyang sepertinya.


3- Memberatkan seseorang untuk menunaikan kewajipan agama yang telah Allah SWT fardhukan.

4- Perut yang sentiasa kenyang hatinya tidak akan menerima sedikit pun kata-kata hikmah.


5- Mereka yang perutnya sentiasa kenyang apabila menyampaikan ilmu, Allah SWT tidak akan membuka pintu hati para pendengarnya.


6- Perut yang sentiasa kenyang adalah lubuk segala penyakit berbahaya.

http://4.bp.blogspot.com/_SKzRaDolO7s/SqiCCEaZu1I/AAAAAAAAAYM/RAjkC_aNLVc/s400/makan.jpg


Kalau makan burger beso, mulut pn kene mcm ni:
http://2.bp.blogspot.com/_7Q-DbTUFFh4/SIsInlAacgI/AAAAAAAAAE4/AwvTpmkU0T0/s400/009541794.jpg 
















Ada klass~ Bro!

HAHA. heeeeeeeeeeee :P
 

KAKJAH
-sila stop makan banyak2-

Tatapan imaginasi keindahan perut yg bersih <3 : 
 http://3.bp.blogspot.com/-DbgQwe7NKFA/TWmXNdNuW0I/AAAAAAAAB8w/p9Rtnc17UT8/s1600/rainbow_wallpaper_9ad1d.jpg

Wednesday, February 15, 2012

BIMBO

WANITA JANGAN JADI BIMBO (utk Hawa...bacalah..)
***********************


Apa itu bimbo? Mungkin ada yang biasa mendengarnya dan saya percaya jarang yang mendengar istilah ini.

Kenapa saya menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi bimbo?

Ini kerana saya melihat semakin ramai di antara mereka menjadi bimbo tanpa mereka sedari.

Ini bahaya kerana jika tidak diperingati pasti mereka akan terus hanyut dan lupa diri.

Bimbo merujuk kepada WANITA CANTIK dan menarik tetapi RENDAH TAHAP kebijaksanaan atau pendidikannya.

Sebenarnya perkataan bimbo merupakan istilah yang diambil daripada Bahasa Inggeris yang ditujukan khas kepada kaum lelaki.

Namun begitu, dengan situasi sekarang ia lebih sesuai digunakan kepada kaum wanita sehinggakan terbit istilah male bimbo apabila digunakan kepada lelaki.

WANITA MUDAH LEMAH DENGAN PUJIAN.
********************************

Apabila dipuji, pasti jantung mereka berdebar kencang, lebih-lebih lagi apabila pujian tersebut daripada insan berlainan jantina.

Kerana itulah jangan terkejut jika mendengar cerita wanita mudah menyerahkan diri kepada lelaki yang baru mereka kenali. Ini adalah kerana mereka bimbo.


"Ala, bukan semua wanita macam tu".

Ya, benar. Mungkin sekali puji tidak terasa namun apabila berkali-kali pasti akan berbunga-bunga hati mereka dan akhirnya menyerahkan diri kepada pemberi pujian.

Bimbo biasanya terjadi kepada remaja di bangku sekolah.

Lihatlah kes pelajar sekolah yang lari mengikut lelaki. Entah berapa banyak kes seperti ini berlaku di negara kita.

Kes ini tidak hanya berlaku di kalangan remaja mentah namun turut melanda mahasiswi universiti dan lepasan universiti.

Mereka sanggup meninggalkan keluarga semata-mata mengikut lelaki yang tidak dikenali.

Kerana apa?

Kerana mereka adalah bimbo. MUDAH TERPENGARUH dengan PUJUK RAYU LELAKI.
 

Bagi pasangan couple, kebimboan mereka jelas apabila mereka mula MERELAKAN tangan mereka DIPENGANG oleh LELAKI.

Ingatlah wahai wanita, berpegangan tangan itu permulaan untuk menjerat dirimu.

Jika dulu, kamu dilihat keras menahan diri dari disentuh, namun apabila tangan kamu sudah berjaya dipegang, adegan yang lebih mesra lainnya pula bakal menyusul.

Berhati-hatilah kerana JIKA BENAR LELAKI itu MENGHORMATI KAMU, pasti TIDAK akan sanggup dia MENYENTUH kamu SEBELUM kamu menjadi HALAL untuknya.

Lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.

Lelaki hanya memerlukan kata-kata manis untuk mendapatkannya. Maka tidak hairanlah jika anda melihat seorang perempuan cantik tetapi berpasangan dengan lelaki yang kurang menarik.

Kenapa? Kerana mereka bimbo.

Tengok saja wanita-wanita yang diperdayakan oleh lelaki luar.

Mereka bagaikan disihir dengan kata-kata pujian tanpa menyedari ia hanyalah jerat semata.

Kita selalu pelik. Jangan pelik kerana mereka pandai bermain kata-kata dan mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

Wanita jangan jadi bimbo. Mudah terpedaya dengan pujian lelaki.

Walaupun berpengajian tinggi, kadang-kadang mereka tetap menjadi bimbo kerana tahap kecerdikan rendah atau mudah tertipu dengan manisnya mulut lelaki.

Justeru, berhati-hatilah dengan lelaki yang memuji anda termasuklah boyfriend anda (kecuali dia adalah suami anda).

Jangan mudah tergoda dan perasan apabila dipuji. Lelaki yang bukan suami anda tetapi suka memuji anda, sebenarnya suka juga memuji wanita lain.

Jangan tertipu dengan sifat lelaki yang sememangnya gemar memuji untuk memikat.

Berbeza dengan lelaki, mereka tidak memerlukan pujian wanita untuk menyatakan mereka kacak. Lelaki lebih tertarik kepada rupa wanita berbanding pujian.

Mereka lebih tertarik dengan wanita yang cantik berbanding yang kurang cantik walaupun yang kurang cantik suka memuji.

Bagi wanita pula mereka lebih suka pujian dari lelaki walaupun lelaki itu tidak menarik.

Oleh sebab itu saya katakan lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.

Sebaliknya mereka hanya memerlukan kemahiran menyusun kata untuk mendapatkan wanita.

Maaf jika saya dilihat seperti menghina wanita. Tidak terlintas di hati saya untuk menghina bahkan hanya untuk memberi ingatan dan pesanan.

Juga untuk menyedarkan wanita lebih-lebih lagi muslimah supaya jangan merendahkan martabat anda.

Saya tahu ia agak sukar kerana sememangnya fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian.

Terutamanya bagi remaja kerana mereka amat dahagakan pujian.

Terutamanya jika mereka mempunyai pasangan, pasti selalu inginkan pujian darinya.
Sebagai contoh. cuba bayangkan seorang lelaki memuji anda "awak cantiklah". Pasti hati berbunga-bunga riang, lebih-lebih lagi jika diselangi dengan madah bermadu kasih, lemah seluruh sendi.

Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.

Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.

Jika kita lihat wanita yang berdampingan rapat dan berkasih sayang (lillahi taa'la) dengan rakan-rakan jemaah atau usrah mereka (sesama wanita), jarang terlibat dengan masalah berpasangan dengan lelaki kerana hati mereka sudah diisi dengan sifat tersebut.

Namun apabila hubungan mereka renggang atau berlaku sedikit krisis, mereka lebih mudah tertarik dengan lelaki untuk mengisi lompong kasih sayang itu.

Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan pujian daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian.

KAKJAH
-released- 

Saturday, February 11, 2012

[Ayat:TAK puas hati] - Bahaya FB+TWitter

Post ini saya tuju khas untuk kawan saya. o, tak, Kawan Baik saya masa zaman sekolah saya muda2 dulu. hee




Assalamualaikum,


    Maaf saya terpaksa post kat blog macam ni walaupun saya tahu kita boleh cakap direct je. Tapi, saya rasa cakap direct dengan awak mcm takde function jugak sbb awak mcm tak nak layan saya dah. the last time kite chat tu pn, Cara layanan awak terhadap saya pun sangat berbeza ngan mase dulu2 kita tu.
Haha, saya tahu Sekarang ni awak annoy gile ngan saya sebab saya pakai bahsa 'Saya Awak' a.k.a SAWAK walhal dulu 'Aku Kau' a.k.a AKAU. =='.
ekcelli saya cuba contohi Syahirah Razak <3 :D
TQ syerry . ;D

Ok, back to the topic, Kenapa saya nak cakap pasal awak? sebab saya nak ceghiter psl frenship kite. siket. boleh kan?
Ingat tak dulu, kite pernah jd cam belangkas mase form 4? dah le saya budak baru, bestpren memey takde a. haha, saya sgt seronok time tu because you always holding my hand. Mase exam F4 time tu final exam kot, awak dan saya conquer satu kelas form 3 yg tengah anjal. kite tutup sume tingkap biar org tak nampak kite.haha saya rase time tu mcm budak kepada awak , saya ikutttt je awak. haha. saya kate "takpe ke?" "takper.. jgn risaulah".  

until one day, people around mcm perli saya, "mane bestpren ko tu?" "yg mane?" sy jawab. Sorry to say, but my aim datang skola baru is having a lotssss of friend. and to me, the whole batch 0711 is my bestiesss. awak dan mereka sangat hebat dan stylo gile. even org ckp kat saya, jgn kawan ngan dy ni dy ni sbb dy mcm ni mcm tu. sy mmg tak kesa psl kawan kaye ke miskin ke jahat ke baik, sbb setiap org hidupny berbeza2 kalau kite interview dorg.

enden, bile org cakap camtu kan, mule2 saya cam tak kesah, tinggi pulak ego sy ==' last2 baru saya rasa yang awak mcm kongkong hidup saya. yes, you can hold me but please not too tight, its killing me. so, semakin lama sy tggl kat kusess semakin ramai org yg saya rapat. sampai satu hari tu saya boleh hidu kejelesan awak terhadap saya.bukanla jeles tp, awak buat saya nampak mcm pengkhianat terhadap kawan sendiri. "tak nak lah kawan ngan ko, ko da ade kawan laen" haha camtu la. comel awak. mcm zaman budak2 dulu. hha
kemudian kite renggang siket. tp, time da nak spm sblm turun dorm tu rapat balik kan kan? ++, ngan ketua aspuri pulak tu.. perghh  gabungan yg mantop. hha.

so, skrg ni, sy rasa awak masih bawak2 lagi kut perangai awak that you cant watch your bestie having another fren, while actually she's making a bigger circle of friendship with u. but u just get away. 
dah matang ni, sy harap awak tak mindset mcm tu bile kat U nnti atau mana2 awak pergi. ok?
______________________________________________________________________


LATELY ni, yer saya sangat terasa dengan setiap post awak kat fesbuk dan twitter pasal kebencian awak terhadap seseorang. nampak la awak tak puas hati dengan saya bukan? awak sangat annoy dengan saya. malangnya, saya tak tahu ape kebende ny yang awak tak puas hati? 


nasihat saya, awak, tak baik post2 tentang kebencian seseorang even awak tak mensen name dy ke ape =='. dah la tu khalayak ramai. public. umum. apa sangkaan orang terhadap awak? positif kah? negatif. nnti sume yg bace terasa ngan awak pulakk..
k, kalau betul la post2 awak tu tak kene ngan saya, sy nak awak stop jugak sbb saya rasa kesian dgn awak, sbb awak buat hati awak sendiri tak tenang , tak puas hati ngan seseorang. org lain pn kesian kan awak, nampak hati tak tenang. 
kalau awak tak puas hati, cakap direct dgn org yg dimaksudkan. kalau tak nak pun, post la ayat2 quotes ke, kata2 imam ke, tokoh2 ke yg high intelligent dah nak sangat "biar dia nampak!" ==' ok? 


"Tweet ak sejak dua menjak ni byk brunsurkan perlian. Ish tak bgus lah sbb dosa orang yang terasa hati lebih besar berbanding yg memerli "

haha, saya tahu awak bace post pasal terasa hati tu kan? hhe well ekcelli, awak salah faham konsep kot --' sebab, the point is, awak tak tegur stret kat org tu. kalau awak dah tegur salah org tu, enden org tu kecik hati, baru lah betul org yg kecik hati tu dosa. skrg ni, awak perli org melalui khalayak ramai dan tak mensen name org yg dimaksudkan,lebih2 lagi tak tegur org tu dulu..so, is it ok ke begitu?


Sy pk2 balik, saya rasa saya buat bende yg sama seperti mana awak buat tu.. ye la mcm ni la kan, post tanpa mensen name org yg kite maksud kan.
but i guess, some people having the same problem like me.

so, sy rse, takpe saya post ini yg pertama kali dan terakhir yg mcm ni. so that, org lain pn boleh ambil isi or pengajaran yg sama seperti apa yg kita lalui. okeng? MAAF :']

2 Ayat yg boleh jatuhkan ego : 

"Maafkan saya"

dan
"Terima Kasih"

Saya harap kita dapat kawan balik macam biasa. tak perlu lah perang2 post kat twitter dan fesbuk. bahaya. :D
Kite jumpe time result spm nnti ye.
Semoga awak bahagia dengan hati yang tenang.

"Ketahuilah kamu bahawa orang yang cinta kepada Allah SWT, nescaya akan tenang hatinya'
dari buku Tentang Cinta -Pahrol Mohd Juoi <3

"Ya Allah, Tukarkanlah segala yang mencelakakan aku dengan Kejayaan. Amin."

Semoga kita same2 dpt 9A+ SPM! :D


KAKJAH
-maaf -
MAKLUMAT ++ [CNP]
Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ?
Ia memberi makna DINDING...
Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan..
Siapakah yang mewujudkan FB? 
Mesti Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???
Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA..
DINDING RATAPAN. 
Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya...

Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah.. 
Jika Anda Tidak Pecaya..
Cuba Anda Buka www.google.com dan serach "wailing wall of israel".. 
Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat.. Renung-renungkan lah...

Untuk pengetahuan dan info kita tentang YAHUDI LAKNATULLAH ini..
Elakkan diri kita dari menyerupai sesuatu kaum tersebut..

hadith Rasulullah saw, yang berbunyi:
" من تشبه بقوم فهو منهم "
Yang ertinya: “Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum itu”.

Wallahu a’lam.


Friday, February 10, 2012

Nota Lekat #3





Forgiveness is the crown of greatness. 


(Ali Ibn Abi Talib RA)


KAKJAH

Thursday, February 9, 2012

Tudung [VID]




Memakai tudung TAK WAJIB
Menutup aurat yang WAJIB.
oleh itu, tutuplah aurat tu ngan tudung saji pon bole.
asalkan tutup . dan bukan balut aurat .
-UAI-
KAKJAH
released

TIPS CINTA U.A.I

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS




1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



Lets take one step at a time, slowly, carefully  in the name of ALLAH SWT.
Saya suka nombo 12 dan semuanya. ngeeheee hha 

CNP 


Tatapan tambahan :D

KAKJAH
tak abes2 cite psl kawen =='

Wednesday, February 8, 2012

Unik



KAPEL = Kommmmmmon.


CINTA SELEPAS PERNIKAHAN aww <3<3<3 = RARE


Tak abes2 saye nih --'

tp trend kite skarang ikut jajahan british hha.
teros claim kat pemilik tuan punya badan. 
Hai, i love you like eww ==' hhaa 

eh, ada satu ni saya terbace,
"Jangan lah kamu menjadi umat yang ramai [Majoriti], nescaya kamu akan disesatkan dari Jalan Allah SWT"



means, dunia akhir zaman bukan, makin ramai le antara kita buat salah, seperti yg termaktub dalam AlQuran. memey betulkan masyarakat kite buat? :OO
 mcm pakai tudung bonggol unta tu... 
so, jgn la jd sebahagian besar yg sangat KOMMMMONNN tuu


TREND = FESYEN = Kommmmmmonnnn 

BE UNIQUE~! menjadi sesuatu yang sangat sukar ditemui sgt best.

menjadi satu dalam seribu. wallaaaa!
Kerana dirimu begitu berharga <3



Wahai wanita, dirimu ibarat epal. penah dgr ataupun bace tak?
disingkatkan,


Jadilah kita epal yg masih tergantung di dahan,
bertahan selama mungkin drpd angin [hawa nafsu] dan badai [syaitan]
sehinggalah aku dipetik oleh jejaka pilihanMu yg terbaik untukku Tuhanku.


Janganlah jadikan aku buah epal yang terjatuh di tanah kebusukkan .. eww =='






SAYA SUKA UNIK
KAKJAH
released

Niqab Hijab or Nothing?



:D

Ya Allah, kurniakanlah aku Taufiq dan HidayahMu. Sesungguhnya, aku hambaMu yang amat Hina dan memerlukan pertolonganMu TUHANKU


KAKJAH

Tuesday, February 7, 2012

Nota Lekat #2

‎"Life is like a piano. White keys are happy moments & Black keys are sad moments.
But remember both keys are played together to give sweet melody ♥ ... ..."



│▌▌▌│▌▌│▌▌▌│▌▌│▌▌▌│▌▌│▌▌▌│▌▌│▌▌▌│▌▌│▌▌▌│▌▌│▌▌▌│|
└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└└




'Datin Helen'
KAKJAH

Fesyen URAT wanita

URAT wanita? 
hiheee~  Aurat wanita :D

ceith! Aurat? sape nk bace weh. mcm tak tahu je! 'pffffffffffffttttttttttttttttttttt' dan wat so ever.



der, pena dgr tak bukak aurat sampai nampak urat? eww.. taff ny makcik ni <3 muahh haha


________________________________________________________________
DI SINI KITA MULAKAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Bismillah..



See! Allah Maha Penyayang!
kalau Allah tak sayang kite, tak perlu le kawalan keselamatan tentang aurat. 

tp dalam kepala kite, ini bukan kawalan! ini sekatan! ah! itu tak boleh, ini tak boleh. cerewet! 
well, that BARATian yg membuatkan kamu rasa susah walhal sebenony Islam itu mudah. 
sebabkan kite tgk zaman skrg kite ni pakai camni camni, bile rujuk dlm Islam kembali, alaaaaaaaaaaaaaaa tak bole pulakkkkkkkkkk  xOOO


saya.... nk post ni.... bukan ape. kesian.
kesian sy tgk kawan2 ak kene kutuk ngan bdak laki. cam dipermain-mainkan gitu. 
aish tak sedap hati nih .hahaha
anyway, memey tak bole dinafikan, mmg salah wanita. ouch.


betul ape,
Kalau wanita yang berpakaian menutup aurat, mesti tak kene kacau ngan lelaki sebab menghormati maruahnya.

Kalau wanita yang berpakaian seksi mahupun attractive, mesti kene kacau weet weet ngan lelaki sbb tak hormat [maruah] wanita tersebut.
ye dak?
[hasil perbincangan ngan kawan2]


jom ubahPAKAIAN AKHIR ZAMAN ! < menimbulkan fitnah dajjal
tak abes2 ngan dajjal ai nih ==' 


Mari ubah perspektif yg dianggap
'BETUL LA NI!!' ....kepada.. 'A'a la... ni baru la betul' ;D


1. saya pernah ditanya, bole pakai handsocks hitam? tak nampak, tutup.
enden sy jwb je, tak bole sbb awak BALUT aurat bukan tutup aurat.. hewhewhew haa. ok bwh ni lebih jelas ;)




2. Eww! pakai tudung enden legging? sangat tak sesuai dan menyedihkan T__T' apakah! legging mahupun Jeans. kan



eh, kalau tak silap ade satu statement yg mengatakan,
Perempuan jangan bercekak pinggang. 

betul tak? pd sy betul jgak, sebab mcm tgh posing kuros huahuahua 
tak tahu tak tahu 



3. Makcik! T__T" haiyoooo [tak tahu nk ckp ape]

uishhh nih. tak yah beli kain jarang tu pn takpe! tak paham sy, ape yg lawanye lahhhh
beseny nampak makcik2 yg pakai camni kan.. sy la sy..... --'


4. ni keje kat mane nih. 



5. yang paling kommmmmmmmon [common] . 
Tanda2 nak kiamat -SyahirahRazak<3-

bunggul unta. oh bughuk beno..


6. o ini sy dpt dr Saidin Hj. Md. Hasnam

TQ wak!



Ayah kate mcm baju berenang


haha, ini kelakar dlm tb --'

ayah saya gelak ==' k. 


selain bercita2 menjadi seorang isteri seperti Siti Khadijah R.A dan Aisyah R.A  <3 serta pasang cita2 menjadi Food Nutritionist yg bergaya xP
Saya bercita2 jugak nak bukak butik Muslimah sendiri. huahuahua.
heee. Butik Muslimah! -Bukan sekadar butik- mmmm tak sesuaik..
tak pun -Butik Kak Jah!- Bukan sebarang butik muslimah- haheee~
papejelah ==' 


++, org slalu ckp
pakaian camni : 



Jubah2 la kan. peberet <3
org slalu kate 
"Hanya sesuai utk gi majlis dinner mkn malam ke.. gi rumah org. "
"asl ko? nk gi BERAYA ek?" 



bile ak pakai mcm ni pn, rse malu dan TERASA! jugak sbb member ckp camtu. nk g beraya =='
tp tak pe la, at least baju kurung pn ok ape ;D 
baju kurung pn baju kurung.


enden bdak asrama pulak kate
"Haha baju prep!" =='



haha. suke ati awak lah

++, Baju kurung ni kan, rekaan para Ulamak yg dtg malaysia tau. 

tp, dsbbkan designer skrg ubah2 
baju kurung + moden la..
baju kurung + pahang la.. sabah la.. hahaa
saya tak tahu =='


itu la yg mencacatkan baju kurung asal. isk isk isk.




JUBAH MAHAL LA!
ye lewww mane dak nye. batu2 , manik2 tu yg memahalkan ==' dah tu, kat atas dada pulak tu. mane idaknye org mesti nk pakai tudung pendek2 so that, nampak le batu2 ai tu.. mahal tau batu ni yu... haha. auntie
anyway, biar mahal demi maruah yang begitu berharga. <3










Lihat. semua kat part leher =='
enden ketat kan pulak kat perot. haha!
tak besh.

mata tetap nk jugak kate..
"EE lawanyewww!'

tp hati sy nak kate 
"Nak pakai time kawen nnti lah hahee~"
==' same je. nk buat sendiri lah utk kawen haha











thts y sy nk jadik designer sampingan! huahuahua. jubah sy tak mahal. mcm budak atas td tu. loose murah. awak nk batu jugak sy letak kat bawah2 hha. nk rse eksklusip sket, tak nak elegen mengerlip2 sgt, sy letak satu batu je kat bwh. haha. nnti nnti. idea da banyak pulak nih =='






Sabda Rasulullah s.a.w. :
Akan datang umatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan Sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan.” (sahih Bukhari)



Ya Allah, selamatkanlah kami peliharalah kami daripada terjerumus ke dalam fenomena akhir zaman ini.
Biarlah kami dipandang buruk oleh mata-mata hambaMu ya Allah, asalkan kami dipandang cantik di mataMu ya Rabbi.



KUATKAN IMAN, TEGUHKAN AQIDAH, TABAHKAN HATI. <3


++



BIAR ORANG MENGATA KITA BERPAKAIAN
KETINGGALAN ZAMANJANGAN KITA BERPAKAIAN

AKHIR ZAMAN
Tatapan tambahan:



















KAKJAH
released