Monday, January 23, 2012

Kecik hati i. opps. dosa ? :O

DOSA BERKECIL HATI :O

"Sekiranya kita membuatkan orang berkecil hati, kita akan berdosa. Jika kita juga berkecil hati, kita turut berdosa. Tetapi lebih besar dosa orang yang berkecil hati itu."

Fakri melihat poster yang melekat di papan kenyataan masjid. Dia berasa hairan. Berkecil hati lebih besar dosanya dari mereka yang mengecilkan hati orang lain? Kebetulan pada waktu itu, ustaz ada di dalam masjid. Dia pun berjumpa dengan ustaz.

Ustaz: Betul la yang tertulis tu. Kenapa?

Fakri: Yang tu la saya nak tanya ustaz. Kenapa jadi macam tu pulak? Bukan kah orang yang menyakiti hati saudaranya saja yang berdosa? Orang yang berkecil hati tu tak buat apa-apa pun.

Ustaz: Sebabnya, orang yang menghina tu penghinaannya adalah peringatan daripada Allah.

Fakri: Huh? *blur*

Ustaz: Okey, mari ustaz jelaskan. Nak tau kenapa kita dihina oleh orang? Kerana Allah nak uji kita. Tujuan Allah uji jugak sebenarnya nak ingatkan diri kita yang dah leka sangat dengan dunia. Bila kita berkecil hati, maknanya kita tak redha la dengan ujian Allah. Pendek kata, kita bukan berkecil hati dengan orang, tapi berkecil hati dengan Allah.

Fakri: Oohhh, faham-faham.

Ustaz: Yang lebih parah, bila kita bercerita kepada kawan-kawan. "Dia sakitkan hati aku, aku terasa dengan apa yang dia cakap..." dan macam-macam lagi la. Kawan-kawan tu pulak akan ceritakan lagi kepada kawan-kawan dia yang lain. "Kesian dia, ada orang sakitkan hati dia..." Keredhaan terhadap ujian Allah itu akan lesap begitu saja.


Fakri: Errr... *terasa*


Ustaz: Ustaz tau, kamu pun mesti selalu terasa dengan apa yang orang cakap, betul tak?

Fakri: Emm... *mengangguk*

Ustaz: Manusia memang takkan pernah terlepas daripada penghinaan. Sedangkan Nabi sendiri dihina dicemuh oleh bangsanya sendiri dahulu, apatah lagi kita yang bergelar umatnya saja. So, pesan ustaz, jangan la terasa hati. Redha la dengan setiap perkara, jangan biarkan Allah yang tak redha dengan kita. Anggap saja la apa yang orang katakan mengenai kita tu sebagai satu nasihat. Boleh kan? *tersenyum*

Fakri: Insya Allah ustaz, terima kasih! Sekarang saya dah faham. Lepas ni takleh lagi nak berkecil hati dengan sapa-sapa walau teruk macam mana pun dihina. Ustaz pun tolong la doakan saya supaya jadi tabah ye? Hehee
CNP 
KAKJAH

No comments:

Post a Comment

karya kak jah