Thursday, January 26, 2012

Im in love? in facebook. Y__Y

NAK BACE KE? TAKYAH LA. BENAR CAM BOSAN. =='
Saya nak menangis apabila Saya rasa saya jatuh cinta pada seseorang.

saya tak de sebab spesifik kenapa saya suke kat dy. 
normally, saya suke biasa2 kat seseorang kerana ilmunya tinggi. ustaz. yg sebaya lah. adalah sebabkan...tp rase itu fade away in a short time. not too much filled in my heart. ecehh sbb ak rse,.... tak mgkn la dy jodohku. hahaha [unpredicted lahh]

tp saya suke sorg ni kerana peramahnya??? sangat baik??? ayat??? dan saya benci tu!
lagi2 dalam fesbuk!!
sbb tak tahu betul ke tak dy nih. maybe nampak macam BETUL walhal dalm hati tu? lagi2 mgkin telah tercatat jodoh kite org lain bukan dy. thats totally scared me. ape aku nk ckp kat suami nnti? ak hrp sgt rasa CINTA kepada manusia tu hanya kepada suami aku je nanti. bukan dlm usia yg sgt muda ni. rugi. hilang 'spesel' the sparkle of love. hahaaaaa
telah ku tegakkan prinsip

"KAKJAH! JGN PERCAYA MANE2 JANTAN ! WALAU MACAM MANA BAIK, MENGAYAT HABES KAT KAU DALAM DIAM2 KE... LAGI2 DALAM FESBUK TUH!"

So, bile ak tetibe je suke kat mamat tu. macam
ADUH! AH! [menumbuk dinding] ok siket. hah
mula la mencarut sedikit2 hih.. -Budu- LAH PERASAAN INI.{Kasar bukan carut]
ape lagu tu? Rasa ini~~ membunuh ku~~~ wooo hahahha --'

aku tak suke dy aku tak suke dy .
oleh itu, utk kurangkan rasa itu, aku mula la mencari kelemahan! haha~
so, bole la kurgkan.

dan...kali ni, ak da jumpe! huahuahua.. makin kurang makin kurang.
:DD

untung la ak x ambek mane2 number laki sef dlm pon. <3 hih. 

post ni sptt ny emo kan? [ah tak yah.==' STYLE~]


YA ALLAH. Hilangkanlah perasaan ini sekiranya dia bukan milikku. AMIN :"[
T_____________T
Terangilah jalan halal bagiku dalam soal cinta manusia ini ya Tuhan .
Eratlkanlah ikatan kasih sayangku terhadap MU ya Rabbi.
Bantulah hambamu ini wahai Yang Maha PENYAYANG <3

kakjah :(

Monday, January 23, 2012

Kecik hati i. opps. dosa ? :O

DOSA BERKECIL HATI :O

"Sekiranya kita membuatkan orang berkecil hati, kita akan berdosa. Jika kita juga berkecil hati, kita turut berdosa. Tetapi lebih besar dosa orang yang berkecil hati itu."

Fakri melihat poster yang melekat di papan kenyataan masjid. Dia berasa hairan. Berkecil hati lebih besar dosanya dari mereka yang mengecilkan hati orang lain? Kebetulan pada waktu itu, ustaz ada di dalam masjid. Dia pun berjumpa dengan ustaz.

Ustaz: Betul la yang tertulis tu. Kenapa?

Fakri: Yang tu la saya nak tanya ustaz. Kenapa jadi macam tu pulak? Bukan kah orang yang menyakiti hati saudaranya saja yang berdosa? Orang yang berkecil hati tu tak buat apa-apa pun.

Ustaz: Sebabnya, orang yang menghina tu penghinaannya adalah peringatan daripada Allah.

Fakri: Huh? *blur*

Ustaz: Okey, mari ustaz jelaskan. Nak tau kenapa kita dihina oleh orang? Kerana Allah nak uji kita. Tujuan Allah uji jugak sebenarnya nak ingatkan diri kita yang dah leka sangat dengan dunia. Bila kita berkecil hati, maknanya kita tak redha la dengan ujian Allah. Pendek kata, kita bukan berkecil hati dengan orang, tapi berkecil hati dengan Allah.

Fakri: Oohhh, faham-faham.

Ustaz: Yang lebih parah, bila kita bercerita kepada kawan-kawan. "Dia sakitkan hati aku, aku terasa dengan apa yang dia cakap..." dan macam-macam lagi la. Kawan-kawan tu pulak akan ceritakan lagi kepada kawan-kawan dia yang lain. "Kesian dia, ada orang sakitkan hati dia..." Keredhaan terhadap ujian Allah itu akan lesap begitu saja.


Fakri: Errr... *terasa*


Ustaz: Ustaz tau, kamu pun mesti selalu terasa dengan apa yang orang cakap, betul tak?

Fakri: Emm... *mengangguk*

Ustaz: Manusia memang takkan pernah terlepas daripada penghinaan. Sedangkan Nabi sendiri dihina dicemuh oleh bangsanya sendiri dahulu, apatah lagi kita yang bergelar umatnya saja. So, pesan ustaz, jangan la terasa hati. Redha la dengan setiap perkara, jangan biarkan Allah yang tak redha dengan kita. Anggap saja la apa yang orang katakan mengenai kita tu sebagai satu nasihat. Boleh kan? *tersenyum*

Fakri: Insya Allah ustaz, terima kasih! Sekarang saya dah faham. Lepas ni takleh lagi nak berkecil hati dengan sapa-sapa walau teruk macam mana pun dihina. Ustaz pun tolong la doakan saya supaya jadi tabah ye? Hehee
CNP 
KAKJAH

Thursday, January 19, 2012

Nikah Khitbah untuk KAPEL

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan.
Credit to Syahirul. siapakah? :O
Sekian . Terimakasih.
KAKJAH

Saturday, January 7, 2012

Nota Lekat #1





Aku mohon, sungguh matlamat hidupku bukan lah untuk mendapat perhatian, populariti drpd manusia dengan 'LIKE' , ya Allah. 
jangan lah hati ini terpesong dr matlamat mendapatkan keREDHAan Mu Tuhan. 
Peliharalah hati ku wahai Yang Maha Penyayang.



bila selalu berfesbuk dan terlibat dgn Group yg ramai angkatannya :]

Tuesday, January 3, 2012

How to communicate with Ajnabi Man?

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan? 

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”



 
4.Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah daribelakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Kak Jah.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye..



5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi. (”,)
THANKS TO Tinta Mujahadah
Same2 Muhasabah diri! :) Jika suda terlanjur pernah buat itu, Tak Terlambat untuk bertaubat dan mulekan nafas baru !  

KAKJAH
 

Sunday, January 1, 2012

2012 Day 1

HUKUM MENYAMBUT COUNTDOWN 1/1/12


ahak! takde apepun.
Ramai da post SELAMAT TAHUN BARU!! HELO 2012 BABAI 2011!!
ok. ==' aku tak buat sume tu ... TAK

JADI. INI IALAH POST TAHUN BARU SAYE! :DDD