Thursday, June 22, 2017

Keputusan (Decision)


Setiap kali dalam aku memilih untuk membuat keputusan,
Aku mesti akan pilih yang mana akan membuatkan aku gembira dengannya,
Keputusan yang aku tahu dan aku jangka aku akan puas hati,
Yang akan memberi ketenangan tanpa toleh lagi,
Istikharah untuk memilih yang menenangkan hati,

Tetapi untuk katakan ianya akan jadi sebuah sesalan mungkin tidak,
itu kita tak akan tahu

Tapi yang kita betul-betul tahu,
Sejauh mana pun kita tahu keputusan yang kita pilih itu adalah yang terbaik,
Tuhan juga lah yang paling tahu terbaik.

Sebab tu bila kita pernah atau dah pun semacam menyesal dengan perkara lepas jalan yang telah dipilih itu
Tuhan tahu lah itu jalan terbaik untuk ke arah masa depan yang kita akan lalui nanti ini.
Siapa tahu? Dia sahaja yang tahu segalanya. Kita apa tahu.

Aku suka dengan mutiara kata dibawah ini:

Kita tidak tahu, tapi kita tetap akan cuba terbaik. Fleksibiliti masih ada jika kita bijak kreatif untuk 'twist' dalam memilih.

Aku setuju dengan kata-kata di bawah ini: Pernyataan Masalah:


Walaupun aku memilih untuk 'walk away' (tinggalkan) pada awalnya, tapi selepas itu aku akan kerap berfikir masalah pemilihan tersebut.
Nampaknya aku sukar untuk berputus asa atas dasar "pasti ada caranya", maka aku akan "try harder" (terus asa) juga.
Mungkin kita hanya memerlukan MASA untuk memilih yang tetap.

Tapi dalam dunia ini tiada ketetapan,
Apa yang tetap adalah perubahan.

Tuesday, June 20, 2017

Cinta itu Memberi


Aku sangat gemar malah terikat benar dengan konsep memberi,
Memberi tanpa meminta pulangan.

Sehinggakan dalam percintaan,
Aku sering rasa tak mengapa aku memberi walaupun tak berbalas.
Tak apa, aku berikan segalanya, walaupun dia tidak sedar atau tidak tahu.

Eh, macam dalam lagu Cinta Dirgahayu - Faizal Tahir ft. Siti Nurhaliza.
"Ku berikan segalanya, semua dan sesungguhnya, cinta dirgahayu..."
(cinta yang kekal abadi, yang tak akan mati).

Walaupun dia mungkin bukan jodoh aku, tak apa, beri saja.
Aku takkan persoalkan takdirnya. Sebab aku pasti akan jumpa jawapannya.

Mungkin rupanya memberi adalah cara aku menzahirkan cinta dalam diam.
Bila mulut tak mampu bicara, aku beri saja seadanya.
Dan itulah yang buatkan aku gembira dalam memberi.
Untuk aku gembirakan hati sendiri.

Ya, itu aku.


Tapi, bila orang lain pula buat pada aku, aku rasa bersalah yang amat untuk menerima walaupun sudah aku maklumkan aku menunggu yang lain.

Orang kata, "Lebih baik kita menerima orang yang dah tentu benar cinta pada kita berbanding mengejar yang tidak pasti."

Aku tidak mengejar apa yang pasti atau tidak pasti,
tapi yang paling pasti, aku mengejar apa yang membuatkan hati aku pasti tenang.
Dan pastilah aku memilih untuk membuatkan hati ini gembira.

Ya, yang dikejar mungkin tak dapat, yang digendong berciciran.
Aku masih merasakan aku tidak rugi apa-apa sekiranya pemberian aku itu tidak dihargai.
Kecewa itu tidak mengapa, itu sudah banyak kali.
Bahkan, mungkin aku dah lali.
Sekiranya aku ini dikatakan 'salah' dalam memilih, bukan aku memilih untuk membuat hati ini kecewa, tapi kekecewaan itu hanya batu loncatan untuk mempercayai takdir yang Tuhan pilih itu lebih baik.

Bila orang buat pada aku begitu, aku pula merasakan bersalah, rimas dan sedih kerana membuatkan hati lain pula yang bersedih.

Sedarlah aku untuk berhenti memberi bila orang itu sudah pun ada lain di hatinya.
Ya, adakala kita patut berhenti memberi.

Bukan untuk kita, tapi untuk dia pula.

Monday, June 19, 2017

6 Perkara tentang Abang Meor

Selain Ayahanda , Abang Meor adalah contoh ketua keluarga bahagia yang kedua.



Perkenalkan watak-watak terbaru, Meor Muhammad sebagai anak, Meor Muhammad Hamzah sebagai bapa dan Noor Halila sebagai isteri dan kakak yang paling poyo paling kerek!

Tapi dia berubah gila sejak kahwin dengan Abang Meor.

Aku gian betul nak cerita pasal abang Meor, sebab betapa dia membawa perubahan. Sebenarnya dia tak bawa pun, tapi bila dia tu berusaha berubah diri sendiri tak semena-mena orang lain pun berubah.
Aku tak tahu lah, kalau aku tak jumpa orang macam ni, mungkin aku takkan pernah tahu aku bersedia atau tidak untuk membina sebuah keluarga atau untuk mengetahui ciri-ciri lelaki yang sesuai sudah menjadi seorang suami.

1. PARENTING SKILL
Banyak sangat bercakap dengan anak dia dan anak-anak orang lain. Sampai semua budak-budak suka abang Meor. Mula-mula si Muhammad jealous, lepas walid dia slow-talk dengan Muhammad, "Muhammad jangan lah jeles, Muhammad kena tahu Muhammad satu-satunya kesayangan Walid, dan Mama. Walid walid Muhammad je." dia tak jealous dah.
Budak tu baru 3 tahun pun dah pandai banyak kosa kata. Maka dia boleh bercakap banyak. Banyak betul bercakap. Orang nak tengok tv dengan damai pun susah. haha

2. FACEBOOK
Selepas kahwin, they both decided to not have any social media interactions. Abang Meor berpendapat sosial media sangat bahaya yang boleh meretakkan sesebuah rumah tangga. Segala gossip perkara yang tak perlu diketahui sepatutnya tidak perlu dibawa masuk di dalam rumah tangga.
Abang Meor jenis self-centered dalam membangunkan rumah tangga ni, "Kita fikir hal kita sahaja, jangan fikir hal orang lain lagi." Sebelum orang lain, kita dahulu. Jadi, mereka tidak ada personal account masing-masing. Tapi aku tahu depa ada satu account kongsi sama yang depa tak add sesiapa pun dalam tu. Asal penggunaan cuma Kak Ila nak follow cerita Maya Karin dia je. lel

3. KAHWIN KELUARGA
Abang Meor bukannya kahwin dengan Kak Ila sahaja, tapi dia kahwin satu keluarga kami. Mama ayah sayang gila menantu kegemaran (*jelingmatakeatas*). Kegemaran bukan apa, tapi orang yang boleh diharap kalau nak minta tolong. Dia sangat sangat ringan tulang.
Katanya dia tolong gila-gila sebab dia sangat-sangat bersyukur dapat ibubapa mertua macam mama ayah. tang mana?
K. Mama ayah memang bagi macam-macam selain kahwin free. Itu yang aku lihat, beruntung pula mama ayah dapat menantu semua baik-baik power-power. Banyak betul perkara yang Allah permudahkan. Jadi, kahwin itu tidak menjadi susah. Bahkan memang sifat ayah suka memudahkan.

4. JUJUR CERIA DAN KECOH
Lihatlah senyuman dia memang membawa sinar kebahagiaan lolll.. pandai layan budak-budak, layan orang tua-tua, memang semua orang suka dia. Kalau dia kagum gila betul dekat seseorang, punya bakat ke apa, dia akan puji habis-habisan macam dia puji mama ayah. hahaha
Terlampau jujur, sampai sebelum nak kahwin dengan kak Ila tu, Abang Meor cerita semua buruk baik dia pada ayah. Jujur dia tu juga sampai kutuk orang tu depan-depan orang tu pun tak segan siap jadi lawak lagi.
Kecoh pun kecoh. Dekat shopping mall tu kalau dia jual barang memang cepat laku.
Very extrovert punya orang. boleh buat kawan dengan sesiapa pun.
Image result for farid kamilTapi bukan jenis kecoh hal rumah tangga sendiri kepada orang lain.

5. FARID KAMIL

Sepanjang hidup dia, dia kata, orang selalu cakap muka dia macam Farid Kamil. Kau rasa?
Image result for farid kamil familyKebetulan ceritanya, Farid Kamil ni kahwin dengan Diana Danielle masa Diana Danielle berumur 21 macam Kak Ila, dan anak mereka dua-dua sebaya nama pun Muhammad. hekk. kebetulan.

Yang paling kebetulan sama, dua-dua poyo !



6. ISTERI
Ok. Ni kelakar. Sehensem-hensem power abang Meor ni, macam mana dia boleh sangkut dengan kakak aku? Dia tu dah lah gaya tak feminin, very boyish. compared to me. Sampai mama sangkakan aku yang kahwin dulu sebelum kak Ila. tup tup masa aku tengah SPM dia pula yang kahwin, dan masa tu umur dia 21 ! Dan sekarang aku dah terlajak daripada dia. cis. hahaha. Betul lah, jodoh ni siapa sangka kan? Kak Ila ni sangat kontra berbanding personaliti abang Meor. Abang Meor kecoh, kak Ila senyap. Kata orang memang kena pilih yang berbeza dengan kita dari segi begini lah kan?

Aku memang nampak, abang Meor sangat-sangat menghargai Kak Ila. Dia tak malu-malu sebut macam nak beritahu satu dunia yang kak Ila lah satu-satunya bidadari dia, dia takkan cari lain.
Kak Ila pun tidaklah nampak macam hamba walaupun kak Ila juga nampak cuba berusaha nak membahagiakan keluarga dan suaminya. Abang Meor banyak jadi 'sukarelawan' (/tanggungjawab?) untuk bantu kak Ila dalam urusan rumah tangga.

Kalau datang ke rumahnya, dilabelkan segala benda dalam rumah tu; tarikh bila beli barang tersebut untuk melihat ketahanan sesuatu barang tu.
Dalam satu-satu masa tu :
Kak Ila main game, Abang Meor mengemas.
Abang Meor tengok TV, Kak Ila pula masak.
Tanggungjawab masing-masing tak lepas. Memang nampak saling give and take.
Tak ada isu perempuan buat kerja rumah semua.
Dah masing-masing juga kerja, jadi masing-masing pun kena lah buat kerja rumah.
Logik kot.
Gambar: Abang Meor baru sahaja bergraduasi pada umurnya 30 tahun. Liku hidupnya berbeza sedikit. Nak tahu lagi?

Berharap dapat lelaki macam Abang Meor?

Jangan. Kita tak boleh berharap dapat lelaki macam dia atau sesiapa pun termasuklah kalau nak sangat yang macam Rasulullah SAW tu memang terlampau jauh beza.
Aku tulis bukanlah untuk berharap dapat lelaki macam abang Meor atau sesiapa pun,
tapi hanya untuk kita jadikan pedoman.

Masa raya dulu aku pernah minta mama ayah doakan aku dapat lelaki sehebat ayahanda,
tapi kakak aku pesan,
"Kalau kau nak sehebat ayah, adakah kau setabah mama?
Setiap daripada kita dijodohkan dengan orang yang bersesuaian dengan siapa diri kita. Maka kau haruslah terima siapa dia menurut diri kau."

Maka aku bersetuju untuk tidak meletakkan sesiapa sebagai 'bench-mark'; siapa lelaki yang lebih hebat dsb.
tapi cintailah seseorang kerana siapa dia dirinya. ruhnya.
Bagi aku itulah cinta sampai mati, kerana dia adalah dia. bukan macam sesiapa, mahupun macam abang Meor.
Please lah dalam keluarga taknaklah ada Abang Meor kedua. hha

Anak Perempuan Kahwin

Mama kata, melepaskan anak perempuan lebih sukar berbanding anak lelaki.

Bersyukur aku tengok abang-abang ipar aku berpegang kepada janji-janji yang mereka tak lafazkan, tapi terus melalui perbuatan mereka bahawasanya mama takkan terasa kehilangan anak mama.

Bahkan mama akan rasa keberadaan dan kemudahan dalam urusan seharian dengan penambahan anak dalam keluarga.

Ayah pun kata, berkahwin boleh jadi rasa kehilangan atau rasa kelebihan.
Kita yang memutuskan. Maka kita pilih lah rasa yang lebih membahagiakan.

Inilah yang dikatakan, "Kahwini keluarganya sekali."

Saturday, June 17, 2017

Imbang Masa

Balik rumah mama cakap
"Dah lama tak nampak Siti, asyik spend time dengan Rohingya je"

Datang sekolah pelajar cakap,
"Alah, cikgu selalu dekat rumah cikgu kan, lepak lah dengan kitorang pulak. Kitorang ni adik-adik cikgu tau"

Wei

haha

Kabut pula aku rasa.

Tak tahu tang mana yang aku berat sebelahkan?

Aku rasa aku dah usaha sehabis baik untuk seimbangkan masa yang diluangkan,
bila dengar macam ni rasa macam nak nangis.
Masih terasa terkejar-kejar dek masa.
Dikejar masa atau mengejar masa.
Entah.

Bila pening mengimbangkan masa,
Mungkin aku kena imbangkan balik keutamaan.
Bukankah seharusnya keutamaan bagiku adalah Mama Ayah?

Maka, bilamana sampai mama cakap macam tu,
aku terasa sungguh.
Walaupun aku rasa aku dah balik dan spend lebih masa dengan mama ayah.
Apa lagi sebenarnya yang tak kena?

Mungkin masa yang diluangkan tak berkualiti walaupun berkuantiti?
Ya, aku kerap dengan telefon juga membalas mesej-mesej yang perlu dijawab segera.
Itulah, kerja sampai ke rumah.
Kerja masih dibawa sampai ke dalam rumah.

Ya Allah.

Bagaimana.
Dua-dua adalah keperluan. Keutamaan.
Tutup telefon habis-habisan?
Demi mama ayah.

Mungkin ya.